Alhamdulillah
, akhirnya berhasil juga ana untuk berkongsi satu rencana tentang suatu
ketenangan . Sebenarnya ana mendapat idea untuk berkongsi rencana ini kerana
ana kagum dengan kekuasaan dan kebesaran ALLAH S.W.T. kerana ALLAH S.W.T yang menciptakan
hambanya dengan sebaik-baik kejadian dan ALLAH S.W.T yang melindungi setiap
hambanya daripada masalah dan kecelakaan melainkan sudah tiba ajal dan masa
seseorang itu untuk mengahadap ALLAH S.W.T. Tatkala ketenangan yang kita semua
perolehi itu , semuanya datang dari ALLAH S.W.T dan kita sebagai hambanya
haruslah menggunakan ketenangan yang diberikan itu dengan sebaik-baiknya dengan
pelbagai cara seperti berdoa kepadanya kerana ketenangan itu adakalanya datang
dengan tiba-tiba tanpa kita duga dan ia datang dalam masa yang singkat dan ia
juga akan berlalu pergi secara tiba-tiba , justeru itu , kita sebagai hambanya
haruslah bersyukur kerana ALLAH S.W.T masih memberi kita ruang untuk memperoleh
ketenangan tersebut walaupun hanya sebentar.
Ketenangan itu juga boleh di kategorikan
sebagai satu anugerah yang diberikan oleh ALLAH S.W.T kepada setiap hambanya
supaya hambanya dapat merasai erti sebenar sebuah kenikmatan ( ketenangan ) dan
apabila seseorang hambanya dapat merasai nikmat ketenangan tersebut nescaya
bertambah lah iman dan ketaqwaan seseorang hamba itu kepadanya .Seseorang hamba
itu haruslah menunjukkan rasa syukur kepada ALLAH S.W.T apabila memperoleh
ketenangan kerana disebabkan sekecil-kecil nikmat yang diberikan oleh ALLAH
S.W.T ,seseorang hamba itu boleh mengelakkan banyak perkara buruk yang boleh
merosakkan diri sendiri itu daripada terjadi seperti pergaduhan , marah dan dendam kerana apabila kita memperoleh
ketenangan , kita sebagai hamba dapat merasai sesuatu yang berbeza dalam diri
kita itu sendiri. Dengan nikmat ketenangan yang kita perolehi itu , kita sebagai
hambanya dapat melakukan banyak perkara dengan mudah,cepat,dan kemas tanpa
sebarang masalah dan keserabutan di dalam akal fikiran.
Seperti
yang kita sedia maklum,sebenarnya kebanyakan manusia tidak sedar akan hadirnya
sesebuah ketenangan di dalam diri mereka sendiri , ini kerana ketenangan
tersebut sengaja ALLAH S.W.T hadirkan ke dalam diri setiap hambanya tanpa
hambanya ketahui kerana sesungguhnya manusia itu akan menyedari ketenangan
tersebut apabila mereka dapat merasai sesuatu perubahan di dalam diri mereka
sendiri dan jikalau kita lihat seperti manusiayang sering berzikir kepada ALLAH
S.W.T , beliau akan memperoleh ketenangan dengan begitu ketara sekali di dalam
dirinya dan itulah buktinya ALLAH S.W.T amat mengasihi hambanya yang sering
mengingatinya dengan pelbagai cara dan ketenangan itulah hadiah daripada ALLAH
S.W.T kepada setiap hambanya . Akhir sekali , kita sebagai hambanya haruslah
menggunakan ketenangan yang diberikan oleh ALLAH S.W.T itu dengan
sebaik-baiknya kerana itulah salah satu antara nikmat yang dikurniakan oleh
ALLAH S.W.T kepada setiap hambanya .
Love ALLAH S.W.T , Love MUHAMMAD SAW

:) Nice entry..
ReplyDeleteermmm,ko pnye lg nice kot :D btw , thnx ye :)
Deletenice!!! follow aku di, azzahamzah.blogspot.com
ReplyDeletethnx :D owh ok
Deleteterbaek
ReplyDeletehaha :D lpas ni dealova jack :)
Delete