Tuesday, May 21, 2013

Ketenangan itu sebuah kenikmatan :D


          Alhamdulillah , akhirnya berhasil juga ana untuk berkongsi satu rencana tentang suatu ketenangan . Sebenarnya ana mendapat idea untuk berkongsi rencana ini kerana ana kagum dengan kekuasaan dan kebesaran ALLAH S.W.T. kerana ALLAH S.W.T yang menciptakan hambanya dengan sebaik-baik kejadian dan ALLAH S.W.T yang melindungi setiap hambanya daripada masalah dan kecelakaan melainkan sudah tiba ajal dan masa seseorang itu untuk mengahadap ALLAH S.W.T. Tatkala ketenangan yang kita semua perolehi itu , semuanya datang dari ALLAH S.W.T dan kita sebagai hambanya haruslah menggunakan ketenangan yang diberikan itu dengan sebaik-baiknya dengan pelbagai cara seperti berdoa kepadanya kerana ketenangan itu adakalanya datang dengan tiba-tiba tanpa kita duga dan ia datang dalam masa yang singkat dan ia juga akan berlalu pergi secara tiba-tiba , justeru itu , kita sebagai hambanya haruslah bersyukur kerana ALLAH S.W.T masih memberi kita ruang untuk memperoleh ketenangan tersebut walaupun hanya sebentar.

           Ketenangan itu juga boleh di kategorikan sebagai satu anugerah yang diberikan oleh ALLAH S.W.T kepada setiap hambanya supaya hambanya dapat merasai erti sebenar sebuah kenikmatan ( ketenangan ) dan apabila seseorang hambanya dapat merasai nikmat ketenangan tersebut nescaya bertambah lah iman dan ketaqwaan seseorang hamba itu kepadanya .Seseorang hamba itu haruslah menunjukkan rasa syukur kepada ALLAH S.W.T apabila memperoleh ketenangan kerana disebabkan sekecil-kecil nikmat yang diberikan oleh ALLAH S.W.T ,seseorang hamba itu boleh mengelakkan banyak perkara buruk yang boleh merosakkan diri sendiri itu daripada terjadi seperti pergaduhan , marah  dan dendam kerana apabila kita memperoleh ketenangan , kita sebagai hamba dapat merasai sesuatu yang berbeza dalam diri kita itu sendiri. Dengan nikmat ketenangan yang kita perolehi itu , kita sebagai hambanya dapat melakukan banyak perkara dengan mudah,cepat,dan kemas tanpa sebarang masalah dan keserabutan di dalam akal fikiran.

          Seperti yang kita sedia maklum,sebenarnya kebanyakan manusia tidak sedar akan hadirnya sesebuah ketenangan di dalam diri mereka sendiri , ini kerana ketenangan tersebut sengaja ALLAH S.W.T hadirkan ke dalam diri setiap hambanya tanpa hambanya ketahui kerana sesungguhnya manusia itu akan menyedari ketenangan tersebut apabila mereka dapat merasai sesuatu perubahan di dalam diri mereka sendiri dan jikalau kita lihat seperti manusiayang sering berzikir kepada ALLAH S.W.T , beliau akan memperoleh ketenangan dengan begitu ketara sekali di dalam dirinya dan itulah buktinya ALLAH S.W.T amat mengasihi hambanya yang sering mengingatinya dengan pelbagai cara dan ketenangan itulah hadiah daripada ALLAH S.W.T kepada setiap hambanya . Akhir sekali , kita sebagai hambanya haruslah menggunakan ketenangan yang diberikan oleh ALLAH S.W.T itu dengan sebaik-baiknya kerana itulah salah satu antara nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T kepada setiap hambanya .

Love ALLAH S.W.T , Love MUHAMMAD SAW

                                     

6 comments: